“Kadang saya rasa macam tak nak bagi dia merangkak langsung atas lantai. Nanti entah barang apa lagi dia masukkan dalam mulut!”
Stress benar ibu tu.
Dia mengadu bayinya yang berumur 10 bulan suka ambil dan jilat benda yang berada di lantai. Kali ni entah macam mana, dia mungkin tertelan duit syiling 10 sen. Itu yang cepat-cepat dibawa ke hospital.
Betul, memang masalah macam ni sentiasa berlaku. Mak ayah mana yang tak risau tengok anak kutip dan masukkan barang ke dalam mulut.
Tapi sebenarnya tindakan tu sangat penting untuk bayi dan itulah salah satu cara untuk mindanya berkembang.

Mak ayah nak tahu kenapa bayi suka masukkan barang dalam mulut?
✅ Itulah tandanya baby kita dah masuk fasa ‘explorative phase’.
✅ Bayi berumur bawah 7 bulan belum pandai nak pegang atau genggam objek betul betul, tapi dia dah boleh control lidah dan mulut dengan baik.
✅ Mulut bayi memiliki hujung saraf yang lebih banyak berbanding bahagian tubuh lain. Jika bayi ingin belajar tentang rasa atau tekstur sesuatu, maka barang tu akan dimasukkan ke dalam mulut.
✅ Fasa ni selalunya akan tamat bila bayi cecah umur 16-18 bulan. Tapi ada juga yang berlanjutan hingga 2 tahun ya.
Tak bolehlah nak salahkan anak kerana tabiat tu salah satu fitrah perkembangan anak kita.
Sekiranya dihalang kita mungkin akan menyekat proses bayi membesar. Anak akan berdepan banyak masalah, antaranya:
❎ Speech delay
❎ Picky eater
❎ Tak boleh tolerate masa nak berus gigi
Yang sebetulnya, kita boleh pantau dengan menyediakan anak kita ‘theeter’ untuk dia mengigit.
Dalam masa sama, pastikan barang barang kecil seperti bateri, ubat ubat, duit syiling disimpan di tempat yang tinggi dan tak dapat mereka capai.
Sediakanlah persekitaran yang selamat untuk diterokai, maka mereka akan dapat terus belajar melalui ransangan sensori.
Semoga bermanfaat!
Dr Ahmad Luqman Bukhari,
Klik je kat sini: https://t.me/notaALB untuk belajar lebih banyak ilmu penting tentang anak kita ya.