Paling seronok bila tengok budak budak excited jaga anak pokok kat kebun mini kat laman ni.
Tak payah suruh pun, sampai waktu nanti dia oranglah duk ingatkan untuk keluar rumah siram pokok tu semua.
2 3 hari lepas baru je semai benih pokok timun, bendi dan sawi. Ni dah mula bercambah keluar daun. Punyalah suka dia orang, sampai terlompat lompat waktu first time perasan tu.
Tempoh PKP ni memang saya ambil peluang betul betul ajak anak dua orang ni untuk buat kerja-kerja berkebun. Hihi.
Bukan apa, banyak benda baru anak anak boleh belajar dari aktiviti ni sebenarnya.
👉 Latih sifat tanggungjawab. Mereka sendiri masukkan air dalam botol, sendiri siram, sendiri letak baja, sendiri jaga biar tumbuh elok.
Secara tak langsung, mereka akan ada strong sense ot commitment untuk jaga barang kepunyaan sendiri.
👉 Tiap pagi dan petang, anak berdua ni lah duk ingatkan saya kena siram pokok. Disiplin sungguh. Siap beritahu lagi kalau tak pergi siram, nanti pokok mereka akan mati.
Boleh nampak mereka berusaha benar untuk buat yang terbaik.
👉 Pada saya, ni lah antara aktiviti fizikal yang bagus. Boleh jadi ubat untuk rawat anak anak yang ada penyakit suka melekat dengan gajet.
👉 Tambah pengetahuan tentang tumbuhan. Kenal nama-nama sayur dan buah pun dah kira tambah senarai vocabulary baru dalam otak mereka. Setiap hari ada saja yang nak ditanya tentang hal tumbuhan.
👉 Paling best, saya lihat mereka makin yakin dengan diri sendiri bila nampak benih yang disemai tu bercambah dan mula tumbuh jadi anak pokok.
Saya yakin jika kita nak anak anak lebih menyayangi alam sekitar dan hargai segala kurniaan Tuhan, inilah salah satu cara untuk didik mereka.
Ahmad Luqman Bukhari,
Untuk follow aktiviti lain yang menarik untuk anak, klik je kat sini: https://t.me/notaALB .