5 Kelemahan Barang Kemas Dari Perspektif Pelaburan

Menyimpan barang kemas adalah salah satu dari cabang pelaburan emas. Orang perempuan memang ramai yang minat dengan barang kemas. Tengoklah ibu, makcik atau nenek kita, hampir semua ada koleksi barang kemas.

Ada sesetengah peniaga wanita, mereka ada banyak barang kemas dalam simpanan. Bila tiba waktu perlukan wang tunai untuk nak berniaga atau besarkan perniagaan, mereka akan gadaikan je barang kemas tu. Tak perlu susah nak mintak loan. Bila bisnes dah untung, tebus balik barang kemas tu.

Jadi secara tak langsung ramai yang beranggapan beli barang kemas boleh jadi pelaburan yang menguntungkan macam beli emas pelaburan.

Betul ke macam tu?

Perbezaan Emas Perhiasan Dan Emas Pelaburan

Satu perkara yang kena kita tahu, terdapat perbezaan antara emas perhiasan dan emas pelaburan. Barang kemas dikelaskan sebagai emas perhiasan. Objektif utamanya untuk cantik, bukannya untungTapi emas pelaburan bermatlamatkan nak dapat untung. Jadi kalau nak melabur, sebaiknya terus beli emas pelaburan macam syiling emas, dinar emas, atau jongkong emas sebab ia memang dikeluarkan khas untuk tujuan pelaburan.

Emas Perhiasan

 

Bukanlah bermakna beli barang kemas merugikan. Emas sendiri adalah aset. Bukan liabiliti. Cuma kalau nak dapatkan keuntungan melalui pelaburan barang kemas, ia akan ambil masa yang lebih panjang untuk dapat untung berbanding jongkong emas, syiling emas dan dinar emas.

Jongkong dan dinar emas yang dikeluarkan untuk pelaburan

 

5 Kelemahan Barang Kemas Untuk Dijadikan Pelaburan

Di sini saya senaraikan 5 kelemahan barang kemas dari perspektif pelaburan.

 

Kelemahan [1] – Harga Lebih Mahal

Harga barang kemas lebih tinggi berbanding emas pelaburan sebab harga di kedai emas mengikut harga persatuan pekedai emas i.e. Federation of Goldsmiths And Jewellers Association of Malaysia (FGJAM).

 

Kelemahan [2] – Susut Nilai Lebih Tinggi

Susut nilai barang kemas jauh lebh tinggi berbanding susut nilai emas pelaburan. Susut nilai barang kemas biasa sekitar 25%. Kadang-kadang cecah sampai 40%! Sedangkan jongkong emas 10 gram Public Gold susut nilainya cuma 9%.

Susut nilai jongkong emas ini hanya 9%

 

Maksudnya, kalau harga emas naik 25%, pembeli barang kemas baru dapat balik modal sedangkan pembeli jongkong emas dah boleh dapat untung 16% (25% – 9%)!

 

Kelemahan [3] – Terpaksa Tanggung Kos Upah (Workmanship)

Beli barang kemas kena bayar sekali caj tambahan iaitu “kos upah” atau “workmanship”. Upah ni bergantung pada reka bentuk barang kemas. Makin sukar reka bentuk barang kemas tu, makin mahal la upahnya.

Lagi satu, kos upah ni  bergantung juga pada pekedai emas. Jadi ianya terdedah pada manipulasi harga. Kalau harga emas tengah rendah, pekedai boleh je naikkan kos upah untuk tambah keuntungan dia. Jadi walaupun harga emas tengah rendah, anda akan tetap bayar dengan harga yang mahal.

 

Kelemahan [4] – Pergerakan Harga Slow

Harga barang kemas ni agak ‘statik’. Biasanya, kalau harga emas dunia naik, harga barang kemas laju je ikut naik! Tapi kalau harga emas dunia tengah turun, biasanya pekedai emas lambat semak harga dan mungkin kekalkan harga tinggi sampai beberapa bulan.

Berbeza dengan emas pelaburan macam Public Gold, harga dikemaskini setiap 20 minit mengikut “real-time” pergerakan harga emas dunia! Kalau harga emas turun tengah malam, terus boleh borong harga murah. Tak kena tunggu kedai bukak, beli online pun boleh.

 

Kelemahan [5] – Risiko Rosak Tinggi

Sesetengah barang kemas, reka bentuknya nipis. Ada jugak yang halus dan berlubang. Maka risiko untuk putus, bengkok, kemek dan patah pun tinggi.

Contoh barang kemas yang nipis

 

Bila dah rosak, barang kemas tu pun dah tak boleh nak dipakai. Terpaksa kena bawa pergi kedai emas untuk trade in emas lain. Tak pasal-pasal kena tanggung rugi susut nilai 25%.

Kalau dah terputus, takkan nak simpan lagi

 

Jangan Excited Sangat

Itulah 5 kelemahan barang kemas dari perspektif pelaburan. Kesimpulannya, pastikan dalam nak melabur, kita ada sedikit sebanyak ilmu tentang pelaburan emas. Risau kalau-kalau terlampau excited nak buat pelaburan emas, sampai tersilap buat keputusan yang yang salah.

Kalau dah terbeli barang kemas nak buat pelaburan, kenalah bersabar sedikit. Pelabur lain mungkin dah tersenyum kira untung lepas setahun menyimpan, tapi kita mungkin kena tunggu beberapa tahun baru boleh tersenyum. Mintak dijauhkan.

Yang penting, teruskan mencari ilmu berkaitan pelaburan emas. Sebenarnya ada teknik untuk mengurangkan kerugian dan menjana keuntungan maksimum sambil pakai barang kemas (bagi orang perempuan la). Nanti insyaAllah saya akan huraikan.

Wallahua’lam..

Kredit gambar : website jutawanemas.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *