GAP Akaun Simpanan Emas Terbaik

Gold Accumulation Program

 Gold Accumulation Program (GAP) adalah  satu kaedah yang disediakan oleh syarikat emas Public Gold untuk memudahkan orang ramai memulakan simpanan emas fizikal.

Melalui akaun simpanan emas GAP, anda berpeluang membuka akaun simpanan emas peribadi dengan permulaan simpanan minima serendah 1 gram (atau RM100) dan simpanan emas tersebut boleh dikeluarkan dalam bentuk fizikal pada bila-bila masa yang anda mahukan.

Secara ringkasnya, akaun simpanan emas GAP berfungsi seperti akaun simpanan wang di bank.

 

Perbandingan Antara Akaun Simpanan Wang Biasa Dan Akaun Simpanan Emas GAP

Akaun Simpanan Wang Biasa

  • Anda depositkan wang tunai > wang itu akan disimpan dalam akaun bank.
  • Wang yang disimpan dalam akaun bank kekal jumlahnya tapi untuk jangkamasa panjang akan susut nilainya dihakis inflasi.
  • Wang dalam akaun bank boleh dikeluarkan melalui kaunter atau mesin ATM.
  • Pemantauan wang di dalam akaun bank secara online dilakukan menggunakan sistem internet banking.

Akaun Simpanan Emas GAP

  • Anda depositkan wang ke akaun bank Public Gold > wang itu ditukar menjadi emas dan disimpan di dalam akaun simpanan emas GAP.
  • Emas yang dikumpul dalam akaun GAP kekal jumlahnya dan kekal nilainya. Malah nilainya meningkat dalam jangkamasa panjang.
  • Emas dalam akaun GAP boleh dikeluarkan dalam bentuk fizikal melalui mana-mana cawangan Public Gold.
  • Pemantauan baki emas dalam akaun GAP boleh dilakukan secara online menggunakan portal GAP.

 

 

11 Ciri Istimewa Akaun Simpanan Emas GAP

  • Anda boleh memulakan simpanan emas berketulenan 999.9 dengan bajet minima 1 gram atau RM100.
  • Harga emas GAP dikemaskini mengikut harga emas antarabangsa pada jam 12 malam setiap hari dan dipaparkan di laman web Public Gold.

 

Semak harga di website Public Gold di www.publicgold.com.my

 

  • Emas fizikal disimpan di dalam safety box yang dikendalikan oleh Public Gold tanpa dikenakan sebarang yuran simpanan dan tanpa ada had masa simpanan.
  • Akaun simpanan emas GAP boleh dibuka pada bila-bila waktu. Simpanan emas boleh ditambah dengan gandaan 1 gram atau RM100.
  • Emas fizikal (goldbar atau dinar emas 999.9) boleh dikeluarkan dari mana-mana 18 cawangan Public Gold seluruh Malaysia. Lihat senarai emas fizikal keluaran Public Gold di dalam Galeri Emas Public Gold.

Gold bar dengan ukuran berat yang berbeza

 

Syiling dinar emas juga boleh dikeluarkan daripada akaun simpanan emas GAP

 

  • Emas yang disimpan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa (waktu pejabat).

Semak cawangan Public Gold terdekat di sini

 

  • Emas fizikal boleh dikeluarkan paling minima seberat 1 gram dan tiada had maksimum. Cuma penyimpan perlu meninggalkan baki 1 gram untuk memastikan akaun simpanan emas GAP tersebut kekal aktif. Sekiranya penyimpan memilih untuk mengeluarkan semua baki emas, akaun simpanan emas GAP tersebut dianggap sebagai ditutup. Public Gold akan mengenakan caj RM50 jika penyimpan mahu mengaktifkan kembali akaun simpanan emas GAP tersebut.

 

Gold bar 1 gram didatangkan dengan pelbagai design menarik

 

  • Penyimpan boleh menggunakan portal GAP di website Public Gold untuk membuat pemeriksaan baki emas di dalam akaun, menambah simpanan emas dan menjual kembali emas secara online. Urusniaga tersebut boleh dilakukan pada bila-bila waktu.

Portal GAP boleh dilayari secara online

 

  • Kaedah belian ini sudah disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah Public Gold, iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd.
  • Setiap pengeluaran emas fizikal akan dikenakan caj “gold premium”. Jika anda memilih untuk tidak mengeluarkan emas fizikal dan terus menyimpan di dalam akaun GAP, maka tiada sebarang caj dikenakan.

 

 

Jadi Siapakah Yang Sesuai Menyimpan Dengan GAP?

  1. Sesiapa saja yang mahu memulakan simpanan dan pelaburan emas walaupun dengan bajet yang kecil.
  2. Penyimpan yang nak beli dan simpan emas, tapi risau nak simpan sendiri.
  3. Penyimpan yang tinggal jauh dari office Public Gold.
  4. Pekerja atau penuntut yang berada di luar negara tapi merancang untuk menyimpan emas.
  5. Penyimpan yang merancang untuk menyimpan emas secara konsisten dengan bajet sekitar RM150 – RM180 setiap bulan.
  6. Ibu bapa yang mahu membuka akaun simpanan bersama untuk anak-anak.

 

Soalan: Bagaimana Cara Untuk Membuka Akaun Simpanan Emas GAP?

Terdapat 3 langkah mudah untuk mendaftar dan memulakan akaun simpanan emas GAP.

Langkah [1] – Semak Harga & Buat Pembayaran

Buat semakan harga terkini emas GAP di website Public Gold. Akaun GAP boleh dibuka dengan jumlah minimum RM100 atau 1 gram.

Semak harga semasa di web Public Gold

 

Kemudian buat pembayaran berdasarkan harga GAP pada hari tersebut. Jangan pulak cek harga hari ini tapi bayar esok.

Pembayaran terus melalui bank-in duit ke 5571-3923-8048 (Maybank) atau 3167-52-0833 (Public Bank) atas nama “PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD”. Anda tak perlu serahkan duit kepada dealer. Dengan cara ini urusan pembelian menjadi lebih telus.

Simpan slip pembayaran tu elok-elok.

 

Langkah [2] – Whatsapp Maklumat Dan Butiran Pembayaran

Wassap maklumat ke 017-4866 916 (no h/phone PG bahagian GAP). Ikut format yang saya tunjuk ni.

a. Nama penuh (Nama anak anda & Nama anda jika ingin membuat akaun bersama)
b. No IC (No mykid/No surat beranak & No IC anda jika ingin membuat akaun bersama)
c. No telefon
d. Email (Guna email berbeza untuk akaun GAP yang berlainan)
e. Jumlah yang dibank in
f. Tarikh bank in
g. Masa bank in
h. Introducer : PG00055521 Ahmad Luqman Bin Bukhari

Attachkan sekali slip pembayaran yang telah anda buat.

Ikut contoh format ni. Attachkan sekali slip bayaran supaya Public Gold dapat sahkan pembayaran. Pembayaran guna online banking paling baik.

 

KALAU ANDA TAK PAKAI WHATSAPP, emailkan slip bayaran ke gap@publicgold.com.my bersama dengan maklumat pembelian. Kalau anda nak letak saya sebagai introducer, cc kan email tu kepada dr_luq90@yahoo.com supaya senang saya bantu kalau ada apa-apa yang perlu follow-up dengan Public Gold nanti.

Kalau anda baru pertama kali beli emas Public Gold, pastikan letak nama saya sebagai introducer kalau mahukan bimbingan peribadi daripada saya. Penting letak introducer supaya dealer boleh bantu permudahkan urusan (secara percuma) kalau-kalau ada apa-apa yang perlu follow-up dengan Public Gold.

Untuk letak nama saya sebagai INTRODUCER, kod saya PG00055521, Ahmad Luqman Bukhari. Tak perlu minta izin pun tak apa. Lepas pembelian, boleh wassap kepada saya +6 013-200 2310 sebagai makluman dan saya akan berikan NEXT STEP menjana keuntungan maksimum sebagai penyimpan emas Public Gold.

 

Langkah [3] – Semak GAP Statement 

Tunggu PG emailkan “username” untuk login website. GAP Statement boleh disemak dalam masa 2 HARI BEKERJA di web www.publicgold.com.my. Kalau tak terima juga email tu lepas semak dalam SPAMBOX, bagi tahu saya untuk saya follow up dengan PG.

Penyata GAP anda akan dikemaskini dalam masa 48 jam waktu bekerja selepas bayaran anda disahkan. Anda boleh menyemak penyata GAP anda dengan cara log in akaun anda di laman web Public Gold.

Baca: Cara Login Akaun Pelanggan Public Gold

Bila-bila masa anda nak keluarkan emas fizikal tu, hubungi mana-mana cawangan Public Gold dan minta staf reserve kan item emas yang dikehendaki. Kemudian hadirlah ke cawangan Public Gold tersebut dan beserta IC anda.

Itulah 3 step mudah yang perlu anda lakukan untuk membuka akaun simpanan emas GAP. Semoga maklumat ini membantu anda dalam membuat simpanan dan pelaburan emas yang mudah dan selamat.

Baca juga: Kaedah Tambah Simpanan GAP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *