11 Sebab Kenapa Public Gold Jadi Pilihan Saya

“Sebab apa simpan emas Public Gold?”

“Apa keistimewaan emas Public Gold?”

“Kenapa pilih jadi dealer Public Gold? Ada apa-apa kelebihan ke?”

Ini antara soalan-soalan yang biasa diutarakan oleh rakan-rakan saya bila kami berbual tentang emas.

Jadi dalam artikel kali ni saya nak bercerita tentang kelebihan memiliki emas pelaburan yang dikeluarkan oleh Public Gold dan mengapa Public Gold menjadi pilihan saya.

1 Dinar emas keluaran Public Gold

[1] – Harga emas jauh lebih murah daripada kedai emas biasa

Harga emas Public Gold memang sangat murah kalau nak banding dengan harga kat kedai-kedai emas biasa. Bahkan, harga jual Public Gold pun lagi rendah dari harga ahli sesetengah syarikat emas. Kalau tak percaya, cubalah jalan-jalan survey harga di kedai emas. Kemudian bandingkan dengan harga Public Gold.

Harga emas Public Gold lagi murah dalam RM15 – RM20 per gram.

Semakan harga semasa boleh dilihat pada website Public Gold

Bila harga lagi murah, lagi banyak gram emas kita boleh beli dengan bajet yang sama. Kan lebih untung macam tu.

[2] – Spread (susut nilai) emas Public Gold sangat rendah

Spread rendah adalah perkara yang sangat penting kena pertimbangkan kalau nak dapat untung yang maksimum dalam pelaburan emas.  Spread emas Public Gold hanya sekitar 4.5% hingga 8%. Bergantung pada jenis item yang kita beli.

Lagi berat emas yang nak dibeli, lagi rendah susut nilai emas tersebut.

Kelebihan spread rendah ni, bila harga emas naik sedikit je, terus boleh jual buat untung. Tak perlu nak tunggu lama.

Susut nilai emas keluaran Public Gold

Lagi satu yang saya perhatikan, jarang ada company yang pamerkan harga beli balik emas tu macam Public Gold buat. Kalau tak pamer, maknanya mudah berlaku ketidaktelusan masa customer nak jual balik.

Bab ketelusan ni memang saya tabik Public Gold. Bab ni yang tambah buat saya tertarik nak jadi dealer Public Gold selain dari 7 keistimewaan lain yang saya dapat bila upgrade jadi dealer.

[3] – Stok sentiasa ada dan tak putus

Setakat ni Public Gold ada keupayaan untuk bekalkan stok emas secara konsisten. Termasuk waktu harga emas turun menjunam. Kita sebagai pelabur emas, masa emas turun harga lah kita nak beli tambah stok simpanan. Bila harga naik balik, terus jual dapatkan untung.

Tapi ada sesetengah syarikat, bila harga emas turun, stok pun tak ada. Jadi tak dapatlah pelabur nak tambah stok emas waktu tu.

[4] – Cawangan Public Gold ada di seluruh Malaysia

Senang nak berurusan dengan Public Gold sebab cawangan ada di seluruh Malaysia (kecuali Perlis) termasuk Sabah dan Sarawak.

Setakat Mei 2015, dah ada 18 buah cawangan Public Gold.

Sekiranya hendak berurusan dengan Public Gold, anda boleh je terus ke cawangan yang paling dekat dan maklumkan yang anda adalah customer En. Ahmad Luqman Bukhari (PG055521).

Cawangan seluruh Malaysia. Senang beli, senang jual. Sila klik untuk dapatkan alamat dan no. telefon pejabat Public Gold Malaysia, Public Gold Singapore, dan Public Gold Indonesia.

[5] – Jamin beli balik emas walaupun ada kerosakan

Kalau nak jual balik emas tu, Public Gold akan beli balik dengan harga yang tinggi (boleh semak harga PG buy di laman web). Tak kisah kalau emas tu ada calar ke, bengkok ke, kemek ke, janji berat emas tu sama dan tak berubah.

Setengah company, memang masalah bila customer nak jual balik lagi-lagi kalau emas tu dah tercalar, bengkok atau kemek. Hatta kalau bukak seal pun, ada company yang terus kira susut nilai sampai 25%.

Untuk emas Public Gold yang non-LBMA (versi lama), tak perlu risau emas calar atau lekuk. Janji berat masih kekal. Public Gold jamin beli balik mengikut harga PG Buy di website.

[6] – Sistem jual beli atas talian (online) 24 jam

Melalui sistem yang digunapakai Public Gold, tempahan produk dan jualan balik boleh dilakukan secara online.

Bukan tu je, kita betul-betul beli emas ikut harga yang hampir dengan harga kontrak emas dunia (gold spot). sebab harga Public Gold diupdate setiap 20 minit ikut harga emas dunia. Jadi kita boleh booking samada nak beli atau nak jual emas sepanjang masa 24 jam.

Harga dikemaskini setiap 20 minit

Walaupun selepas office hour, customer masih boleh semak harga emas yang di update. Kalau berkenan, terus lock harga kat website Public Gold. Mungkin lepas je kita lock harga harga emas naik, tapi tak perlu risau sebab kita hanya perlu bayar ikut harga yang dah kita booking.

[7] – Modal permulaan yang rendah

Harga sangat mahal kalau nak beli sekilo emas. Jadi boleh ke kalau orang yang modal kecil nak simpan emas?

Jawapannya boleh dengan akaun simpanan emas GAP yang disediakan Public Gold.

Klik gambar untuk baca lebih lanjut tentang GAP

Kita boleh mula simpan emas menerusi GAP dengan modal RM100 atau 1 gram. Ikutla mana yang sesuai dengan poket kita. Tapi saya cadangkan genapkan je terus 1 gram kalau ada modal lebih.

[8] Kualiti emas Public Gold bertaraf antarabangsa

Produk emas Public Gold berstatus antarabangsa kerana dikilangkan oleh Nadir Metal Refineryrefiners yang diiktiraf oleh London Bullion Market Association (LMBA) dan berada dalam senarai Good Delivery.

Gold bar 5 gram Public Gold, dikilangkan oleh Nadir Metal Refinery. Setiap keping emas disertakan sijil ketulenan yang disahkan oleh assayer bebas. Bagi emas LBMA, sijil ketulenan dilekatkan terus pada bahagian belakang emas. – Kredit foto MohdZulkifli.com

Sijil ketulenan ada dicetak di belakang sarung jongkong dan dinar emas.Oleh itu tiada risiko anda terhilangkan sijil ketulenan emas.

Bagi peminat emas yang mementingkan kualiti dan standard, emas Public Gold ini wajib dimasukkan dalam collection.

Menjadi satu kebanggaan sebenarnya untuk memiliki emas Public Gold kerana ianya produk emas syarikat tempatan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

[9] – Macam-macam jenis produk

Ada macam-macam jenis produk yang disediakan oleh Public Gold. Yang paling popular tentulah jongkong emas dan dinar emas.

Jongkong emas Public Gold didatangkan dengan berat 1 gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram dan 250 gram.

Gold bar 20 gram Public Gold

Manakala dinar emas Public Gold tersedia ½ dinar, 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar.

5 Dinar emas Public Gold bersamaan 21.25 gram

Sila lihat senarai produk Public Gold di Galeri Emas Public Gold.

[10] – Diterima untuk gadaian oleh Ar Rahnu

Emas Public Gold diterima untuk gadaian oleh hampir semua kedai Ar Rahnu dalam negara. Penting untuk kita kalau tiba-tiba perlu cairkan emas kepada wang tunai bila ada kecemasan.

Dalam masa yang sama, kredibiliti emas Public Gold semakin kukuh dan dipercayai bila makin banyak kedai Ar Rahnu yang sedia menerimanya. Antaranya:

  • Ar-Rahnu Agro Bank
  • Ar-Rahnu Exchange
  • Ar-Rahnu Bank Rakyat
  • Ar-Rahnu KT Sg Besi
  • Ar-Rahnu POS
  • dan beberapa lagi Ar-Rahnu serta pajak gadai islam yg lain.
Antara sebahagian Ar-Rahnu ternama yang terima pajakan emas Public Gold.

[11] – Jual beli emas diakui patuh syariah

Dan yang paling terkini, Public Gold dah pun mendapat sijil patuh syariah yang diakui oleh panel syariah Public Gold iaitu Datuk Dr Mohd Daud Bakar. Beliau adalah Pengerusi Majlis Penasihat Shariah untuk Bank Negara Malaysia. Jadi pembeli emas Public Gold boleh beli emas dengan penuh yakin dan tak perlu risau tentang hukum jual beli emas bersama Public Gold.

Ianya telahpun disahkan oleh pakar mualamat yang ternama di dunia.

Sijil pengesahan patuh syariah untuk pembelian secara Outright Purchase, Easy Payment Purchase (EPP) dan Buyback.

Banyak lagi sebab yang boleh dinyatakan, tapi saya kira cukuplah 11 sebab yang saya kongsikan menjelaskan kenapa Public Gold menjadi pilihan terbaik untuk pelaburan saya dan anda semua.

Bagi para pembaca yang berminat membeli emas Public Gold, anda boleh DAFTAR dulu secara PERCUMA sebagai “registered customer” Public Gold. KLIK DI SINI untuk berdaftar di website Public Gold. Kalau ada apa-apa persoalan, whatsapp saya pada bila-bila masa di +6 013 200 2310 (Luqman). Saya adalah dealer Public Gold yang aktif sejak 2015.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *